BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 4, 2010

Ulik Mayang

*gambar hiasan*

Ulit Mayang adalah seni persembahan Melayu yang boleh dianggap seni teater muzika kerana di dalamnya terdapat bermacam-macam seni persembahan, pantunnya dilagukan, ada tarian mengikut lagu dan irama, dilakun oleh peranan-peranan seperti Puteri Tujuh, watak pawang dan pesakit.

Ulit Mayang dan Ugam Mayang (Pahang) merupakan acara ritual masyarakat Terengganu beberapa abad yang lalu. Kewujudan setua Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu.

Dalam upacara yang dianggap permainan ini, seorang bomoh atau pawang akan memulakan persembahan dengan membaca mentera memuja sejambak mayang pinang atau lukah atau kukur kelapa atau sebuah serkap dan benda-benda itu akan bergerak perlahan-lahan dan menari-nari dengan sesiapa sahaja yang memegang mayang tadi atau dengan objek-objek lain.

Kedatangan setiap puteri disambut dengan tabuiran tujuh biji bertih jantan dan biasanya setiap orang puteri akan memberi salam dan salam ini hanya dapat didengari oleh Pawang atau Peduan (Pembantu Pawang) sahaja.

Puteri Tujuh : Assalamualaikum!
Peduan : Waalaikumussalam!
Puteri Tujuh : Apa hajat dipanggil hamba turun ni?
Peduan : Nak minta tengok si Fatimah ( jika pesakit itu perempuan dan kalau pesakit itu lelaki diberikan nama Ali) Minta tolong tengok dan sembuhkan penyakit (jika untuk persembahan hiburan, minta tenangkan keadaan dan berikan semangat yang baik).
Puteri Tujuh : Ambo (hamba) tak reti (tak pandai), tapi cuba-cuba buat cuba- cuba tengok.

Ketujuh-tujuh puteri ini berpakaian sama dan setiap orang akan menyanyikan lagu secara solo atau beramai-ramai seperti berikut:

Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang diumbut
Ulit dengan jala jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

Puteri tiga berbaju serong
Puteri tiga bersanggul sendeng
Puteri tiga bersubang gading
Puteri tiga berselendang kuning

..................................................

..................................................

Nyanyian dinyanyikan terus sehingga sampai kepada Puteri Ketujuh. Penutup lagu tersebut adalah seperti di bawah :

Ku tahu asal usul mu
Yang darat pulang ke dara
Yang laut pulang ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan

Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala.

Samada dalam persembahan permainan atau pengubatan, ke tujuh orang puteri itu menghilangkan diri pulang ke laut setelah selesai.

p/s....entri ni hanya utk pengetahuan sahaja bukan utk ikutan.



5 comments:

zulhilmi tempoyak said...

dongeng ke btol ni...
huhu

Lavanya said...

humm.. its so nice articles... thanks,,,

Hami Asraff said...

Salam.

Unik mayang ni makin hari makin pupus generasi dan tradisinya. Ditelan dek zaman.

Anak anak muda sekarang ni mungkin lansung tak berminat agak apa itu 'Ulik Mayang'. Mungkin segelintir masyarakat masih peka akan 'kewujudannya'

:)

Anonymous said...

u should post more entry like this. klau bukan kita, sape lagi nak jage adat resam, budaya & tradisi kita kan3? ;)

i like traditional dance also like the joget, zapin, inang and masri :)

Unknown said...

aku pernah buat persembahan nih masa skolah rendah dulu.....ulik...mayang...