BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

Cara-cara untuk mengawal malu bila kantoi

Sedikit perkongsian di kala aku masih keliru. Sekadar untuk menitipkan senyuman di bibir sendiri:-


1. Jika diketawakan rakan ketika tertidur di kelas/pejabat sehingga meleleh air liur basi, terus bangun separuh sedar dan buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti rakan anda itu akan panik dan berhenti ketawakan kamu. Tak pun, bangun dan cakap “Astaghfirullahalazim, kenapa tak kejut aku”, kemudian sambung tidur balik (yang ni memang ada kawan aku amalkan dlu2.. huhu).

2. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali, teruskan menganggap dia kenalan sendiri dan bagi dia duit kononnya pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku kamu adalah kenalannya. Selepas tu bawalah dia pergi makan di gerai mana yang berdekatan.

3. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawab dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah “biar rosak zip, jangan rosak akhlak”. Apabila dah tak ada orang tu, cepat-cepat la zipkan, kan nanti tak pasal-pasal “dia” mengamuk…

4. Bercakap seorang diri kerana kawan ditinggalkan di belakang semasa berjalan dengannya dan teruskan bercakap serta ketawa sambil menyumpah kawan macam orang gila. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka kamu ada masalah mental kronik. Tapi jangan lebih-lebih sangat, dirisaukan anda akan berakhir di Hospital Bahagia. Ahaks…

5. Jika tersilap masuk tandas wanita, buat-buat muka gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan kamu masuk kerana nak mencari isteri atau saudara perempuan (tak mahu guna alasan awek) yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi.


17 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

no 1 ngn n0 5 x bole bla alasan..hahahahha ;)

kwn sy pnh je masok toilet laki..
then bila dia perasan dia slh masok dia bole buat muka selamba..hahahaha ;)

Syaa said...

sya penah jadi cam num 4.
haha
tp takdk la buat mcm org gila tu
(:

Perjalanan Tanpa Noktah said...

hahaha lawak2. Tapi rasa cam sanggup nak buat..

manish said...

agak berguna la tips2 yg diberikan.. hihi

zulhilmi tempoyak said...

tq2 bg tips..
hahaha

Zikri Husaini said...

kena praktikkan nie... :-)

Unknown said...

besh tips nih!

Unknown said...

besela buat bodo ajer...dlm hati malunyer mak aii hehe

Chaon Cornerz said...

cover baek punya. hahha..

CITY® said...

naperla kotak chat tuh lambat nak bukak penuh, hukhuk....


singgah2 la selalu ya
heeeeeeee

Unknown said...

lawak2 boleh guna pakai benda2 ni...hak2

|| NaFiRaa || said...

muahahahaha.. x senonoh punye alasan!!!

Tengku Khairil Ahsyar said...

nice day,,, salam kenal...

Bazilah (^0^) said...

haha boleh cuba nih

abigemok said...

ni tips ke lawak?? hahahaha..

bebel bubble said...
This comment has been removed by the author.
sudah kntoi said...

klu kantoi rokok cne plk