BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

Cara-cara untuk mengawal malu bila kantoi

Sedikit perkongsian di kala aku masih keliru. Sekadar untuk menitipkan senyuman di bibir sendiri:-


1. Jika diketawakan rakan ketika tertidur di kelas/pejabat sehingga meleleh air liur basi, terus bangun separuh sedar dan buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti rakan anda itu akan panik dan berhenti ketawakan kamu. Tak pun, bangun dan cakap “Astaghfirullahalazim, kenapa tak kejut aku”, kemudian sambung tidur balik (yang ni memang ada kawan aku amalkan dlu2.. huhu).

2. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali, teruskan menganggap dia kenalan sendiri dan bagi dia duit kononnya pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku kamu adalah kenalannya. Selepas tu bawalah dia pergi makan di gerai mana yang berdekatan.

3. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawab dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah “biar rosak zip, jangan rosak akhlak”. Apabila dah tak ada orang tu, cepat-cepat la zipkan, kan nanti tak pasal-pasal “dia” mengamuk…

4. Bercakap seorang diri kerana kawan ditinggalkan di belakang semasa berjalan dengannya dan teruskan bercakap serta ketawa sambil menyumpah kawan macam orang gila. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka kamu ada masalah mental kronik. Tapi jangan lebih-lebih sangat, dirisaukan anda akan berakhir di Hospital Bahagia. Ahaks…

5. Jika tersilap masuk tandas wanita, buat-buat muka gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan kamu masuk kerana nak mencari isteri atau saudara perempuan (tak mahu guna alasan awek) yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi.


:::Hati-hati bila korek hidung:::

Thursday, February 25, 2010

L@G1-L@G1 B1B1R

Monday, February 22, 2010

B1B1R L@G1

Monday, February 15, 2010

B1B1R

Tuesday, February 9, 2010

Mayat Lalat

Org kalo dah terlebih kreatif mayat lalat pn boleh dijadikan seni.
Aku pn pelik kenapa keluarga mangsa tak tuntut je mayat2 mangsa ni....

Thursday, February 4, 2010

Ulik Mayang

*gambar hiasan*

Ulit Mayang adalah seni persembahan Melayu yang boleh dianggap seni teater muzika kerana di dalamnya terdapat bermacam-macam seni persembahan, pantunnya dilagukan, ada tarian mengikut lagu dan irama, dilakun oleh peranan-peranan seperti Puteri Tujuh, watak pawang dan pesakit.

Ulit Mayang dan Ugam Mayang (Pahang) merupakan acara ritual masyarakat Terengganu beberapa abad yang lalu. Kewujudan setua Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu.

Dalam upacara yang dianggap permainan ini, seorang bomoh atau pawang akan memulakan persembahan dengan membaca mentera memuja sejambak mayang pinang atau lukah atau kukur kelapa atau sebuah serkap dan benda-benda itu akan bergerak perlahan-lahan dan menari-nari dengan sesiapa sahaja yang memegang mayang tadi atau dengan objek-objek lain.

Kedatangan setiap puteri disambut dengan tabuiran tujuh biji bertih jantan dan biasanya setiap orang puteri akan memberi salam dan salam ini hanya dapat didengari oleh Pawang atau Peduan (Pembantu Pawang) sahaja.

Puteri Tujuh : Assalamualaikum!
Peduan : Waalaikumussalam!
Puteri Tujuh : Apa hajat dipanggil hamba turun ni?
Peduan : Nak minta tengok si Fatimah ( jika pesakit itu perempuan dan kalau pesakit itu lelaki diberikan nama Ali) Minta tolong tengok dan sembuhkan penyakit (jika untuk persembahan hiburan, minta tenangkan keadaan dan berikan semangat yang baik).
Puteri Tujuh : Ambo (hamba) tak reti (tak pandai), tapi cuba-cuba buat cuba- cuba tengok.

Ketujuh-tujuh puteri ini berpakaian sama dan setiap orang akan menyanyikan lagu secara solo atau beramai-ramai seperti berikut:

Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang diumbut
Ulit dengan jala jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

Puteri tiga berbaju serong
Puteri tiga bersanggul sendeng
Puteri tiga bersubang gading
Puteri tiga berselendang kuning

..................................................

..................................................

Nyanyian dinyanyikan terus sehingga sampai kepada Puteri Ketujuh. Penutup lagu tersebut adalah seperti di bawah :

Ku tahu asal usul mu
Yang darat pulang ke dara
Yang laut pulang ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan

Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala.

Samada dalam persembahan permainan atau pengubatan, ke tujuh orang puteri itu menghilangkan diri pulang ke laut setelah selesai.

p/s....entri ni hanya utk pengetahuan sahaja bukan utk ikutan.